Javascript required

TITLE :

Terbaik Dariku EP10



VIEWS : 928

COMMENTS :

ADDED : 06-12-2018 00:17 AM

DETAILS :

Terbaik Dariku Episod 10 - Mengisahkan seorang wanita yang tersepit antara impiannya untuk memiliki cinta suaminya dan menerima realiti suaminya menyintai perempuan lain. Aisyah mengahwini Taufiq kerana menyangkakan suaminya itu ikhlas terhadapnya. Sebenarnya, Taufiq tidak pernah menyintai Aisyah. Sebaliknya Taufiq hanya mempergunakan Aisyah atas desakan ibunya, Saodah yang mahu menumpang kesenangan yang dimiliki Aisyah.

Dalam diam, Taufiq mempunyai seorang isteri lain bernama Suraya (Azar Azmi) yang dikahwininya sebulan selepas pernikahannya dengan Aisyah. Taufik bijak menyembunyikan perkahwinannya itu sehingga tidak dapat langsung dihidu oleh Aisyah. Taufiq sering memburukkan Aisyah di hadapan Suraya.

Dia sering mengadu dia tidak bahagia dengan Aisyah dan betapa dia cuba menjaga hati Aisyah tetapi Aisyah tidak menghormatinya sebagai suami malah katanya, Aisyah memperkecilkan dirinya sebagai lelaki yang berasal dari kampung dan miskin. Semua rekaan cerita ini menyebabkan Suraya bencikan Aisyah. Seringkali Suraya mendesak supaya Taufiq menceraikan Aisyah tetapi Taufiq masih lagi tidak mahu melepaskan Aisyah.

Kehadiran Zaharah, seorang gadis yang diselamatkan oleh Aisyah kerana melarikan diri daripada dijual ayahnya kepada lelaki yang tak dikenali tidak disukai Taufiq dan Saodah. Mereka berasa sangsi dengan kata-kata Zaharah, lebih-lebih lagi Saodah. Saodah tidak mahu Zaharah menjadi penghalang untuk dia menikmati kesenangan harta Aisyah.

Saodah kemudiannya menghalau Zaharah. Aisyah nekad untuk mencari Zaharah. Kehilangan Zaharah mengimbau kembali memori Aisyah akan satu peristiwa hitam yang terjadi kepadanya sewaktu kecil.

Apakah sebenarnya yang terjadi sehingga Aisyah bersungguh mahu menjejaki Zaharah? Adakah pembohongan Taufiq akan terbongkar?

Terbaik Dariku EP15
Terbaik Dariku EP14
Terbaik Dariku EP13
Terbaik Dariku EP12
Terbaik Dariku EP11
Terbaik Dariku EP10
Terbaik Dariku EP9
Terbaik Dariku EP8
Terbaik Dariku EP7
Terbaik Dariku EP6
Terbaik Dariku EP5
Terbaik Dariku EP4
Terbaik Dariku EP3
Terbaik Dariku EP2
Terbaik Dariku EP1
© 2018 Mflix . All rights reserved
close