TITLE :

Jika Masih Ada Rindu EP12


VIEWS : 818

COMMENTS :

ADDED : 10-01-2019 15:20 PM

DETAILS :

Jika Masih Ada Rindu Episod 12 - Mengisahkan Hisham yang kembali mengejar cinta bekas isterinya selepas kemalangan sebaik sahaja dia menceraikan isterinya Wahida. Hisham dan Wahida saling mencintai namun kesibukan Wahida dalam membesarkan anak mereka Qistina dan perlu menjaga ibunya yang sakit, telah menjarakkan hubungan mereka. Hisham mula curang dan berani naik tangan akhirnya mengakhiri perkahwinan mereka dengan penceraian.

Malang buat Hisham, sejurus selepas bercerai dia terlibat dengan kemalangan yang mengakibatkan dia hilang ingatan. Tersedar daripada koma, Hisham hanya mengingati peristiwa tiga tahun sebelum kemalangan itu. Memori Hisham kekal dengan ingatan bahawa dia bahagia bersama Wahida. Datin Embun, ibu Hisham meminta agar Wahida untuk berlakon di depan Hisham yang dia masih isteri Hisham dan tidak menyebut kisah perceraian mereka. Wahida menolak permintaan Datin Embun. Sudah tiada lagi rasa cinta di hatinya, apa yang tinggal hanyalah kebencian terhadap Hisham.

Apakah yang akan terjadi kepada Hisham jika mengetahui Wahida bukan lagi isterinya? Adakah Wahida akan kembali menerima Hisham?

# Episode name Action
1 Jika Masih Ada Rindu EP1
2 Jika Masih Ada Rindu EP2
3 Jika Masih Ada Rindu EP3
4 Jika Masih Ada Rindu EP4
5 Jika Masih Ada Rindu EP5
6 Jika Masih Ada Rindu EP6
7 Jika Masih Ada Rindu EP7
8 Jika Masih Ada Rindu EP8
9 Jika Masih Ada Rindu EP9
10 Jika Masih Ada Rindu EP10
11 Jika Masih Ada Rindu EP11
12 Jika Masih Ada Rindu EP12
13 Jika Masih Ada Rindu EP13
14 Jika Masih Ada Rindu EP14

500
Leave a comment...

    close