TITLE :

Selafaz Cinta EP7



VIEWS : 2936

COMMENTS :

ADDED : 05-12-2018 23:20 PM

DETAILS :

Selafaz Cinta Episod 7 - Mengisahkan mengisahkan konflik rumah tangga melibatkan dilema seorang wanita bernama Jannah yang menghadapi masalah orang ketiga dalam rumahtangganya. Lebih malang lagi apabila orang ketiga tersebut merupakan adik kawan baiknya sendiri. Semuanya berubah bila Jannah secara tidak sengaja terbaca pesanan teks di telefon bimbit suaminya, Reza. Pesanan yang berbaur mesra tersebut dihantar oleh seorang wanita yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Snow White’. Walau bagaimanapun, Jannah tetap bersangka baik pada Reza.

Reza Ammar seorang eksekutif perniagaan di syarikat hartanah miliknya. Seorang suami yang baik, menjaga agama dan penyayang pada keluarga. Bukan jenis yang mudah tergoda dengan wanita namun kekhilafannya membuatkan Reza jatuh cinta pada Liza, seorang pramugari. Namun Reza tetap mencintai dan menyayangi Jannah dan anak mereka Shila.

 

Zahratul Jannah seorang pengusaha fesyen hijab, motivator. Isteri Reza ini selain cantik juga seorang muslimah yang taat. Patuh pada suami. Dulunya seorang gadis yang manja, suka bersosial dan tidak matang. Kini, menjadi seorang yang taat pada agama hasil bimbingan Reza. Setia dan percaya kepada suami namun mula meragui suaminya ketika Reza mula berubah.

Liza Lyana berkenalan dengan Reza ketika berada di satu penerbangan luar negara. Menjalinkan hubungan skandal dengan Reza. Semakin lama, Liza bukan hanya jatuh cinta kepada Reza. Namun dia semakin obses dengan Reza sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan Reza.

Ustaz Fakih membesar dengan ilmu agama di luar Negara dan pulang ke Malaysia menjadi seorang Ustaz. Namun, satu konflik timbul yang mula menguji kesetiaan kepada isterinya. Ustaz Fakeh mula jatuh cinta dengan isteri orang yang selalu hadir ke kuliah agamanya. Dalam masa yang sama, Fakeh ni kasihankan wanita tersebut yang dianiyai oleh suami.

Selafaz Cinta EP16
Selafaz Cinta EP15
Selafaz Cinta EP14
Selafaz Cinta EP13
Selafaz Cinta EP12
Selafaz Cinta EP11
Selafaz Cinta EP10
Selafaz Cinta EP9
Selafaz Cinta EP8
Selafaz Cinta EP7
Selafaz Cinta EP6
Selafaz Cinta EP5
Selafaz Cinta EP4
Selafaz Cinta EP3
Selafaz Cinta EP2
Selafaz Cinta EP1
© 2018 Mflix . All rights reserved
close